Monday 9 October 2017

WELCOME BACK!!!!

WELCOME BACK!!!!


Assalamualaikum wbt.

Sekian lamanya tidak menulis. Hampir setahun kot!! (Jap..Nak lap sikit debu kat buku ni..) Adoiii..

Sebagai permulaan di hampir penghujung tahun 2017 ini..Sekali lagi diulangi dengan nada yang tegas PENGHUJUNG 2017 beb 😱!! Daku warming up jari jemari je bagi entry kali ni.

Ya!!Daku baru sedar, di sini adalah tempat yang paling tepat. Berkongsi dan terus berkongsi. Sebarkan yang positif. Impaknya juga akan positif.

Asalnya blog ini dibuat pada tahun 2012 atas tujuan perkongsian coretan kisah Nur Adriana Fikriyah pada masa itu. Tetapi banyak perkara yang daku rasa bagus untuk perkongsian bersama pada masa akan datang perlu ditulis di sini. Kakak pun sudah 5 Tahun sekarang ni. Dah ada adik dah pun 😍.

Meh daku perkenalkan cik adik yang bernama Nur Afrina Fashahah binti Mohd Faizal. Sudah 2 tahun pun bulan Jun yang lepas..Lamanya tinggalkan blog ni 😁.

Harap-harap ini permulaan yang baik. Dapat berkongsi pengalaman atau apa sahaja. Daripada gambar-gambar dalam fon berhabuk gitu aje, baik daku kongsikan pada entry-entry akan datang. Inshaa Allah.

Wei...tengok semangat nak gak belanja 1 entry (bajet ramai follower 😜), hampir 1230 dah tu.. Mentang-mentanglah bos cuti, dikau bersenang-senang ye 😆. Taklah bos.....Ade buat keje ni ha..Selang-seli buat kerja dari tadi tau..!😉

Yelah..Daku belanja 1 gambar awal tahun 2017. Sekarang adik dah besar dah 😍😍.




Salam.


glitter-graphics.com

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi menitipkan sepatah dua kata