Tuesday 10 October 2017

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON (PART 1)

Jurufoto: MOFAR
LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON (PART 1)

7 Mei 2015 (Khamis).

Lexis Hibiscus Port Dickson masa kami pergi boleh dikatakan masih baru lagi (mmmm memang barulah). Biasalah kan..Bila ada anak kecil, nak bercuti mesti kriteria nombor satu adalah KOLAM 😃. Jadi dengan bantuan Encik Google maka ini adalah tempat yang paling teruja untuk bercuti.

Kebetulan pada masa itu, Lexis Hibiscus Port Dickson mengadakan promosi pembukaan. Maka dengan pantas Encik Suami beli voucher online. Kalau tak silap lah masa tu harganya RM399 bagi bilik Executive Pool Villa. Senang cerita kat bahagian daun bunga raya tu la. Bilik Premium Pool Villa pula di bahagian kelopak bunga raya tu. Harga pun mahal sedikit lah. Tapi kami bernasib baik dan rezeki juga sebab masa check-in  dapat pilih bilik di hujung-hujung daun tu (bergantung kepada kekosongan bilik ya 😉). Jadi kalian perlu study dulu peta bilik supaya aktiviti mandi manda tidak berhadapan dengan kolam bilik bertentangan. (Tips baik punya ni tau!)

Jika kita beli voucher online, tiket adalah open date tapi ada tempoh. School Holiday dan Public Holiday perlu tambah kos sebanyak RM100, manakala deposit dikenakan sebanyak RM200 pada masa itu. Deposit ini perlu dibayar tunai semasa check-in di kaunter. TAPI akan dipulangkan semula ketika check-out nanti. .Usah bimbang ya ibuk-ibuk dan bapak-bapak! Tu kat bawah daku sediakan layout design Lexis Hibiscus Port Dickson.


Sumber: Website Lexis Hibiscus Port Dickson
Oh ya!!!! Pada masa itu, bilik jenis Sky Pool Villa (jenis bilik dalam bangunan) masih lagi dalam pembangunan. Tu gambar kat bawah tu ↡↡

Sky Pool Villa, Lexis Hibiscus Port Dickosn
Jurufoto: MOFAR
Untuk makluman, masa check-in adalah pukul 3.00 petang dan check-out adalah pukul 12.00 tengah hari (paling lewat pukul 1). Tapi kalau dah sampai awal pukul 2 di lobi tu, boleh aje dengan muka penuh keyakinan tanya bilik dah sedia atau belum. Yang penting daya usaha..Kalau ada, bolehlah bawa anak-anak masuk awal. Hip Hip Hurayy!!!😊 Meh daku belanja susana di lobi.

Ruang menunggu di lobi
Jurufoto: MOFAR

Ruang kaunter
Jurufoto: MOFAR
Adriana (3 tahun) & Kak long Aleesya (5 tahun)
Jurufoto: MOFAR

Ada..Canggih-canggih begini tentulah ada welcome drink disediakan. Nak ulang minum sampai kembung pun tak kena marah punya 😆. Memang sentiasa ada sementara tunggu giliran nak masuk bilik.

Lama atau tidak nak berbaris di kaunter tu bergantung pada musim percutian kalian ya. Kena musim cuti sekolah memang sendiri mau ingatlah 😢😢 Tapi kalau hari biasa, masih boleh tersenyum 😁😀.

Nanti daku sambung lagi LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON PART 2 pulok ye. Salam 😍😍.

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi menitipkan sepatah dua kata