Wednesday 11 October 2017

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON (PART 3)


Jurufoto: MOFAR
LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON PART 3

8 Mei 2015 (Jumaat)

Assalamualaikum wbt...Haiii!!

Sesiapa yang terlepas entry sebelum ni. Boleh klik PART 1 dan PART 2 ye.

Wokeh..Entry kali ni daku kongsikan gambar-gambar yang buat kalian teruja untuk bercuti di Lexis Hibiscus!!

Seperti yang telah daku katakan, KOLAM dengan anak-anak memang tidak dapat dipisahkan (anak-anak je keeee) Daripada ruang 2 (rujuk entry PART 2) nak ke ruang 3 iaitu kolam juga terdapat pintu cermin. Jadi ada 2 pintu cermin yang ada supaya anak-anak tidak terus berlari daripada katil terjun ke kolam. Ohhhh Tidakkk!!!!.

Seperti yang daku telah katakan. Kalian perlu pandai pilih kedudukan bilik.. Bila bilik kalian jauh daripada pandangan umum, maka aktiviti di dalam kolam juga bebas.SEBAB kolam tersebut juga dikelilingi dengan cermin menghala ke bilik lain.. Jika tidak!!Privacy pool itu kurang dinikmati 😑😑. Kolam yang disediakan agak dalam kerana jika orang dewasa yang masuk, paras dada jugaklah. JADIII!!! Tolong bawa pelampong sendiri untuk anak-anak. Sememangnya tidak disediakan. 

Pilih bilik di hujung-hujung
Jurufoto: MOFAR
Jaga-jaga! Cermin tau menghadap keluar tu.
Jurufoto: MOFAR
Tengoklah tuuu...Seronoknya berendam anak-beranak!! Mandi-mandalah kalian..Memang tujuan bercuti dengan jenis bilik begini adalah untuk mandi sepuas-puasnya...Betul kannn??? Tengok tu..Tengok tu...↡↡↡↡↡ Oleh kerana daku yang tidak mandi maka dakulah jurufotonya 😍😍.

Ruang 3






Tu diaaa ayahnya.....Terbang semua air lepas tu..Kihkihkih πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Yang bestnya di Lexis Hibiscus ni ada disediakan Bilik Sauna..YES SAUNA!! Selepas kesejukkan bermandi-manda terus kurung diri di dalam bilik sauna tersebut. Best kan..kan..kan...Bilik sauna ini berada di luar dan bersebelahan dengan kolam mandi.

Model Sauna 😜
Percutian ni adalah percutian yang sangat santai kerana masa yang ada dihabiskan hanya di dalam bilik. Walhal ada je kolam mandi umum dan aktiviti-aktiviti outdoor yang disediakan oleh pihak hotel. Tapi tu itulah...Disebabkan 2 hari 1 malam sahaja maka maksimumkan masa yang ada..

Jurufoto: MOFAR

Jurufoto: MOFAR
Mandi sudah...Makan pun sudah. Jadi ready for check-out!! 
Siap berkemas semua. Call sahaja operator untuk panggil buggy. Sementara tu jom amik gambar di luar buat kenang-kenangan.

Muka daku yang tembam. Afrina masa ni dalam perut 😍😍
Jurufoto: MOFAR

Sekian sahaja entry berkaitan percutian di Executive Pool Villa,Lexis Hibiscus Port Dickson. Semoga sedikit sebanyak membantu kalian yang sedang mencari review berkaitan penginapan ini.. Maka daku berikan ★★★★★ penuh.

Inshaa Allah daku akan masukkan pengalaman bercuti di Sky Pool Villa, Lexis Hibiscus Port Dickson pula..

Jangan lupa titipkan sepatah dua kata di ruangan komen ye πŸ˜—πŸ˜— . Salam.



LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON (PART 2)

Jurufoto: MOFAR
LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON PART 2

7 Mei 2015 (Khamis)

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi semua!! 🌺🌺

Ayuh kita sambung cerita percutian Lexis Hibiscus Part 2 pula. Ada masa ni bolehlah daku melatih jari jemariku menari πŸ‘πŸ‘πŸ‘ Jangan malu-malu klik PART 1 kepada mereka yang terlepas. 

Setelah selesai check-in, berbarislah daku menunggu giliran untuk naik kereta buggy. Nak jalan? Boleh juga tapi lenguh la kaki.Dah ada kemudahan gunakan aje. Bayar mahalll kot untuk seketul bilik tu 😁😁 Nak hangkut beg-beg lagi!!

Sumber: Mr. Google 😊

Encik! Bilik nombor 032 ye..Peace ✌
Jurufoto: Daku 😊

Nak berjalan memang daku akan katakan TIDAK la kan.Sampai je bilik yang dituju, bukan kata anak-anak yang tak sabar. Mak Pak dia pun sama! Weiiii...Seronok sangat!!
πŸ’–Bersih
πŸ’–Kemas
πŸ’–Selesa
πŸ’–Luas
πŸ’–Puas hati sangatlah wei!!!!

Besar sangat biliknya. Kalau kira betul-betul dalam 6-8 orang boleh masuk ni. Belum masuk bentang tikar lagi πŸ˜‰

RUANG 1
2 x katil saiz king + 2 x kerusi coklat
Jurufoto: MOFAR

Meja panjang + TV
Jurufoto: MOFAR

KAMI 😍😍
Jurufoto:MOFAR

RUANG 2


Bersebelahan dengan ruang katil ni ada sinki untuk basuh tangan (over excited sangat sampai lupa amik gamba 😰😰) Bilik air ada 2 (mencari ilham + mandi). Tuala? Jangan risau, tuala memang banyak disediakan. Kalau tak silap daku dalam 4-6 tuala mandi. Memang cukup.

Setiap ruang ade pintu kaca. Dari ruang 1 ke ruang 2 ada pintu kaca dan berlangsir. Jadi malam-malam takde lah luas sangat permandangan sampai ke hujung. Hehehehe. Gambar di bawah ye ⇟⇟⇟⇟
Bilik Air. Tengok tu ada lagi tuala mandi.
Jurufoto: MOFAR

Bilir Mandi (Shower)
Jurufoto: MOFAR

Bilik ilham 😎
Jurufoto: MOFAR

Oh ya!! Masuklah ramai-ramai pun, setakat daku pergi tidak ada pulak orang hotel ketuk pintu cek penghuni atau sebagainya. Boleh je. Pandai-pandailah ye...Hahahaha! Daku siap bawa bekal nasi dan lauk pauk (mak yang masak 😍😍). Senang!! Lapar je ada nasi siap. Lapar je ulang lagi makan.

Nanti daku sambung LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON PART 3..Harap-harap dapat membantu kalian yang nak bercuti nanti 😡😡.

Salam.





Tuesday 10 October 2017

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON (PART 1)

Jurufoto: MOFAR
LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON (PART 1)

7 Mei 2015 (Khamis).

Lexis Hibiscus Port Dickson masa kami pergi boleh dikatakan masih baru lagi (mmmm memang barulah). Biasalah kan..Bila ada anak kecil, nak bercuti mesti kriteria nombor satu adalah KOLAM πŸ˜ƒ. Jadi dengan bantuan Encik Google maka ini adalah tempat yang paling teruja untuk bercuti.

Kebetulan pada masa itu, Lexis Hibiscus Port Dickson mengadakan promosi pembukaan. Maka dengan pantas Encik Suami beli voucher online. Kalau tak silap lah masa tu harganya RM399 bagi bilik Executive Pool Villa. Senang cerita kat bahagian daun bunga raya tu la. Bilik Premium Pool Villa pula di bahagian kelopak bunga raya tu. Harga pun mahal sedikit lah. Tapi kami bernasib baik dan rezeki juga sebab masa check-in  dapat pilih bilik di hujung-hujung daun tu (bergantung kepada kekosongan bilik ya πŸ˜‰). Jadi kalian perlu study dulu peta bilik supaya aktiviti mandi manda tidak berhadapan dengan kolam bilik bertentangan. (Tips baik punya ni tau!)

Jika kita beli voucher online, tiket adalah open date tapi ada tempoh. School Holiday dan Public Holiday perlu tambah kos sebanyak RM100, manakala deposit dikenakan sebanyak RM200 pada masa itu. Deposit ini perlu dibayar tunai semasa check-in di kaunter. TAPI akan dipulangkan semula ketika check-out nanti. .Usah bimbang ya ibuk-ibuk dan bapak-bapak! Tu kat bawah daku sediakan layout design Lexis Hibiscus Port Dickson.


Sumber: Website Lexis Hibiscus Port Dickson
Oh ya!!!! Pada masa itu, bilik jenis Sky Pool Villa (jenis bilik dalam bangunan) masih lagi dalam pembangunan. Tu gambar kat bawah tu ↡↡

Sky Pool Villa, Lexis Hibiscus Port Dickosn
Jurufoto: MOFAR
Untuk makluman, masa check-in adalah pukul 3.00 petang dan check-out adalah pukul 12.00 tengah hari (paling lewat pukul 1). Tapi kalau dah sampai awal pukul 2 di lobi tu, boleh aje dengan muka penuh keyakinan tanya bilik dah sedia atau belum. Yang penting daya usaha..Kalau ada, bolehlah bawa anak-anak masuk awal. Hip Hip Hurayy!!!😊 Meh daku belanja susana di lobi.

Ruang menunggu di lobi
Jurufoto: MOFAR

Ruang kaunter
Jurufoto: MOFAR
Adriana (3 tahun) & Kak long Aleesya (5 tahun)
Jurufoto: MOFAR

Ada..Canggih-canggih begini tentulah ada welcome drink disediakan. Nak ulang minum sampai kembung pun tak kena marah punya πŸ˜†. Memang sentiasa ada sementara tunggu giliran nak masuk bilik.

Lama atau tidak nak berbaris di kaunter tu bergantung pada musim percutian kalian ya. Kena musim cuti sekolah memang sendiri mau ingatlah 😒😒 Tapi kalau hari biasa, masih boleh tersenyum πŸ˜πŸ˜€.

Nanti daku sambung lagi LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON PART 2 pulok ye. Salam 😍😍.

Monday 9 October 2017

WELCOME BACK!!!!

WELCOME BACK!!!!


Assalamualaikum wbt.

Sekian lamanya tidak menulis. Hampir setahun kot!! (Jap..Nak lap sikit debu kat buku ni..) Adoiii..

Sebagai permulaan di hampir penghujung tahun 2017 ini..Sekali lagi diulangi dengan nada yang tegas PENGHUJUNG 2017 beb 😱!! Daku warming up jari jemari je bagi entry kali ni.

Ya!!Daku baru sedar, di sini adalah tempat yang paling tepat. Berkongsi dan terus berkongsi. Sebarkan yang positif. Impaknya juga akan positif.

Asalnya blog ini dibuat pada tahun 2012 atas tujuan perkongsian coretan kisah Nur Adriana Fikriyah pada masa itu. Tetapi banyak perkara yang daku rasa bagus untuk perkongsian bersama pada masa akan datang perlu ditulis di sini. Kakak pun sudah 5 Tahun sekarang ni. Dah ada adik dah pun 😍.

Meh daku perkenalkan cik adik yang bernama Nur Afrina Fashahah binti Mohd Faizal. Sudah 2 tahun pun bulan Jun yang lepas..Lamanya tinggalkan blog ni 😁.

Harap-harap ini permulaan yang baik. Dapat berkongsi pengalaman atau apa sahaja. Daripada gambar-gambar dalam fon berhabuk gitu aje, baik daku kongsikan pada entry-entry akan datang. Inshaa Allah.

Wei...tengok semangat nak gak belanja 1 entry (bajet ramai follower 😜), hampir 1230 dah tu.. Mentang-mentanglah bos cuti, dikau bersenang-senang ye πŸ˜†. Taklah bos.....Ade buat keje ni ha..Selang-seli buat kerja dari tadi tau..!πŸ˜‰

Yelah..Daku belanja 1 gambar awal tahun 2017. Sekarang adik dah besar dah 😍😍.




Salam.


glitter-graphics.com