Friday 13 June 2014

Pengalaman Itu Adalah Guru Terbaik


Assalamualaikum WBT.....Selamat Makan Tengahari dan Salam 1 Malaysia..



< Belajar Melalui Pengalaman >

Dalam melayari perjalanan seharian, setiap yang berlaku dalam meniti titian kehidupan adalah pengalaman. .Allah S.W.T menjadikan manusia ni dalam pelbagai warna kehidupan. Pengalaman  sebenarnya secara kita tidak sedar yang ianya boleh dicari selain ianya datang dengan sendiri.. Tepuk dada...tanyalah minda..Sudut yang bagaimana yang perlu kita ambil untuk dijadikan panduan hidup.

Apa yang sebenarnya nak kongsi ye??hehehe

Emel yang masuk memanggil2 untuk diberi perhatian..tapi masih jugak tuan punye badan buat tak tahu...Sehinggalah pada hari terakhir peluang dibuka kepada sesiapa yang berminat diminta untuk memohon secara online..

Sesi pujuk memujuk enchek suami pn bermula...Nasib enchek suami nak..So kami pun isi lah permohonan secara online tu..Permohonan ape??Alaaa...Permohonan Program Pertukaran Belia Malaysia - Korea di Republik Korea Tahun 2014..Wahhhh kelas ko jahhh..Korea gitu..

Niat kena betul..Niat pertama adalah untuk menimba pengalaman bagaimana suasana sesi temuduga program mcmni kan...Sebelum tu pun dah ade dengar yang program mcm ni permohonannye memang ramai...Tapi yang dipanggil untuk sesi temuduga tak ramai...Namun, kita kena yakin bahawa berjaya atau tidak dalam melakukan apa pun perkara adalah rezeki dariNYA...yang penting...kita dah berusaha dan niat yang baik2 je..

Kami suami isteri diberi rezeki untuk merasai suasana sesi temuduga tersebut...Tahniah enchek suamiku!! Walaupun hanya temuduga tapi kami bersyukur kerana diizinkan olehNYA untuk mengutip pengalaman ini yang bukan semua orang akan merasainya..Alhamdulillah...Amin..

Disogokkan dengan pelbagai cerita yang sesi temuduga ni susahlah...mcmni lah..mcm tu lah..bla..bla..bla...Tapi kami tetap suntik keyakinan pada diri kami masing-masing..Yang penting adalah pengalaman merasai sesi temuduga tersebut..Berjaya atau tidak...Itu adalah rezeki dariNYA..Syukur jika berjaya dan tetap bersyukur jika tidak berjaya...Semua itu pasti ada hikmahnya..Kita sebagai manusia biasa semestinya merancang yang baik2 untuk diri kita..Tapi jangan sesekali kita lupa bahawa perancangan Yang Maha Berkuasa itu adalah paling terbaik dari segala2nya..

Antara tips2 temuduga yang boleh dikongsi bersama:-
  • Ambil tahu serba sedikit objektif program
  • Ambil tahu serba sedikit latar belakang negara yang akan dilawati (pelbagai aspek : negaranya, budayanya, ekonominya, masyarakatnya)
  • Ambil tahu serba sedikit peranan belia jika mengikuti program2 seperti ini
  • Ambil tahu serba sedikit siapa pemimpin2 di negara sendiri (termasuk ketua2 di perkhidmatan awam)
  • Ambil tahu serba sedikit dasar perubahan negara
  • Bersedia perbaiki komunikasi dalam Bahasa Inggeris ( Ada slot dalam English)
  • Bersedia tonjolkan bakat yang ada (latih siap2 kat umah wpun serangkap sajak)
Kesimpulannya:

Sebagai manusia biasa, kita jangan terlalu cepat merendah diri apabila tidak dapat 100% menjawab dengan baik persoalan daripada panel. Saya percaya, panel yang bertugas menilai calon daripada pelbagai aspek. Semua orang ada kelebihan dan kelemahan masing2 kan..itu lah warna warni kehidupan manusia...JADIIII....Yang PENTING....Yakin pada diri sendiri...Jangan merapu2 bila bercakap...Dan belajar daripada kelemahan yang ada...Dan...Dan...Dan jika tidak berjaya ...Cuba lagi sekiranya mempunyai peluang....JANGAN PUTUS ASA... ^_^



BERUSAHA...BERDOA..DAN TAWAKAL

"Kekuatan Tidak Datang Dari Kemampuan Fizikal...TETAPI  Ianya Datang Dari Semangat Yang Tidak Pernah Mengalah"

#Belajar dan terus belajar 
#Jadi diri sendiri 
#AyahIbu Sayang Kamu
#CahayaNisbahKebijaksanaan