Wednesday 24 April 2013

p.R.i.N.c.3.$.s

Dulu besar tapak tangan je..skang atas pangku ibu dh tekua2 dh cyg ibu ni..hehehe

Sedar x sedar dh 1TAHUN 3BULAN dh ank ibu yg tomey ni..ibu rasa kejap je ank ibu ni besar...mmm..bile dh besa...MAKAnye...makin besa la akal anak ibu ni bejalan...tp ibu dan ayah besyukur sgt atas anugerah DIA yang tidak ternilai ni..sgt indah ciptaanNYA..

ALHAMDULILLAH...DIA masih beri adriana rezki untuk menikmati susu ibu TANPA campur mane2 produk pasaran lg..syukur padamu YA ALLAH..dlm tempoh ini jugak la mcm2 dugaan ibu tempuhi..pernah rasa berputus asa sehingga pujuk ayah utk beli susu formula..TETAPI...itula..dorongan ayah sgt kuat...ayh xputus2 bg semangat kt ibu...dr hari ke hari ayh tetap suntik semgt utk terus susukan adriana...insyaAllah ianya cukup untk ank kecil ini sehingga 2 thn...insyAllah..

UTK AYAH...ibu ucapkan ribuan terima kasih atas segala pengorbanan..tolak ansur..dan paling PENTING kesabaran yg sgt menggunung melayan kerenah ibu n adriana..ayah tidak pernah bekira dlm membantu ibu wat kerja2 rumah..sekali pn ibu xpernah dgr ayah megeluh pikul kerja2 rumah.TERIMA KASIH SUAMIKU...MOHD FAIZAL BIN ABD RAZAK..(sebak la pulokkks)

Ok la..ckup smpai kt cni dlu..ibu dh lapa..dh lunch hour ni..nk mkn dlu...IBU AYAH syg sgt ADRIANA..smoga menjadi ank yg cemerlang dunia n akhirat..

Inilah die budak comey yang dah setahun 3bulan tu......NUR ADRIANA FIKRIYAH

a.S.S.a.L.a.M.u.a.L.a.i.K.u.M

Pesanan Buat Suami oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


tumblr_m6kvlo0iCP1qauwu6o1_500

Ini diantaranye je la..



1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

5. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

6. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

7. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

8. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

9. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

yang ini paling PENTING.....

10. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.


Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”