Wednesday 11 October 2017

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON (PART 3)


Jurufoto: MOFAR
LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON PART 3

8 Mei 2015 (Jumaat)

Assalamualaikum wbt...Haiii!!

Sesiapa yang terlepas entry sebelum ni. Boleh klik PART 1 dan PART 2 ye.

Wokeh..Entry kali ni daku kongsikan gambar-gambar yang buat kalian teruja untuk bercuti di Lexis Hibiscus!!

Seperti yang telah daku katakan, KOLAM dengan anak-anak memang tidak dapat dipisahkan (anak-anak je keeee) Daripada ruang 2 (rujuk entry PART 2) nak ke ruang 3 iaitu kolam juga terdapat pintu cermin. Jadi ada 2 pintu cermin yang ada supaya anak-anak tidak terus berlari daripada katil terjun ke kolam. Ohhhh Tidakkk!!!!.

Seperti yang daku telah katakan. Kalian perlu pandai pilih kedudukan bilik.. Bila bilik kalian jauh daripada pandangan umum, maka aktiviti di dalam kolam juga bebas.SEBAB kolam tersebut juga dikelilingi dengan cermin menghala ke bilik lain.. Jika tidak!!Privacy pool itu kurang dinikmati 😡😡. Kolam yang disediakan agak dalam kerana jika orang dewasa yang masuk, paras dada jugaklah. JADIII!!! Tolong bawa pelampong sendiri untuk anak-anak. Sememangnya tidak disediakan. 

Pilih bilik di hujung-hujung
Jurufoto: MOFAR
Jaga-jaga! Cermin tau menghadap keluar tu.
Jurufoto: MOFAR
Tengoklah tuuu...Seronoknya berendam anak-beranak!! Mandi-mandalah kalian..Memang tujuan bercuti dengan jenis bilik begini adalah untuk mandi sepuas-puasnya...Betul kannn??? Tengok tu..Tengok tu...↡↡↡↡↡ Oleh kerana daku yang tidak mandi maka dakulah jurufotonya 😍😍.

Ruang 3






Tu diaaa ayahnya.....Terbang semua air lepas tu..Kihkihkih 😉😉😉

Yang bestnya di Lexis Hibiscus ni ada disediakan Bilik Sauna..YES SAUNA!! Selepas kesejukkan bermandi-manda terus kurung diri di dalam bilik sauna tersebut. Best kan..kan..kan...Bilik sauna ini berada di luar dan bersebelahan dengan kolam mandi.

Model Sauna 😜
Percutian ni adalah percutian yang sangat santai kerana masa yang ada dihabiskan hanya di dalam bilik. Walhal ada je kolam mandi umum dan aktiviti-aktiviti outdoor yang disediakan oleh pihak hotel. Tapi tu itulah...Disebabkan 2 hari 1 malam sahaja maka maksimumkan masa yang ada..

Jurufoto: MOFAR

Jurufoto: MOFAR
Mandi sudah...Makan pun sudah. Jadi ready for check-out!! 
Siap berkemas semua. Call sahaja operator untuk panggil buggy. Sementara tu jom amik gambar di luar buat kenang-kenangan.

Muka daku yang tembam. Afrina masa ni dalam perut 😍😍
Jurufoto: MOFAR

Sekian sahaja entry berkaitan percutian di Executive Pool Villa,Lexis Hibiscus Port Dickson. Semoga sedikit sebanyak membantu kalian yang sedang mencari review berkaitan penginapan ini.. Maka daku berikan ★★★★★ penuh.

Inshaa Allah daku akan masukkan pengalaman bercuti di Sky Pool Villa, Lexis Hibiscus Port Dickson pula..

Jangan lupa titipkan sepatah dua kata di ruangan komen ye 😗😗 . Salam.