Friday 13 June 2014

Pengalaman Itu Adalah Guru Terbaik


Assalamualaikum WBT.....Selamat Makan Tengahari dan Salam 1 Malaysia..



< Belajar Melalui Pengalaman >

Dalam melayari perjalanan seharian, setiap yang berlaku dalam meniti titian kehidupan adalah pengalaman. .Allah S.W.T menjadikan manusia ni dalam pelbagai warna kehidupan. Pengalaman  sebenarnya secara kita tidak sedar yang ianya boleh dicari selain ianya datang dengan sendiri.. Tepuk dada...tanyalah minda..Sudut yang bagaimana yang perlu kita ambil untuk dijadikan panduan hidup.

Apa yang sebenarnya nak kongsi ye??hehehe

Emel yang masuk memanggil2 untuk diberi perhatian..tapi masih jugak tuan punye badan buat tak tahu...Sehinggalah pada hari terakhir peluang dibuka kepada sesiapa yang berminat diminta untuk memohon secara online..

Sesi pujuk memujuk enchek suami pn bermula...Nasib enchek suami nak..So kami pun isi lah permohonan secara online tu..Permohonan ape??Alaaa...Permohonan Program Pertukaran Belia Malaysia - Korea di Republik Korea Tahun 2014..Wahhhh kelas ko jahhh..Korea gitu..

Niat kena betul..Niat pertama adalah untuk menimba pengalaman bagaimana suasana sesi temuduga program mcmni kan...Sebelum tu pun dah ade dengar yang program mcm ni permohonannye memang ramai...Tapi yang dipanggil untuk sesi temuduga tak ramai...Namun, kita kena yakin bahawa berjaya atau tidak dalam melakukan apa pun perkara adalah rezeki dariNYA...yang penting...kita dah berusaha dan niat yang baik2 je..

Kami suami isteri diberi rezeki untuk merasai suasana sesi temuduga tersebut...Tahniah enchek suamiku!! Walaupun hanya temuduga tapi kami bersyukur kerana diizinkan olehNYA untuk mengutip pengalaman ini yang bukan semua orang akan merasainya..Alhamdulillah...Amin..

Disogokkan dengan pelbagai cerita yang sesi temuduga ni susahlah...mcmni lah..mcm tu lah..bla..bla..bla...Tapi kami tetap suntik keyakinan pada diri kami masing-masing..Yang penting adalah pengalaman merasai sesi temuduga tersebut..Berjaya atau tidak...Itu adalah rezeki dariNYA..Syukur jika berjaya dan tetap bersyukur jika tidak berjaya...Semua itu pasti ada hikmahnya..Kita sebagai manusia biasa semestinya merancang yang baik2 untuk diri kita..Tapi jangan sesekali kita lupa bahawa perancangan Yang Maha Berkuasa itu adalah paling terbaik dari segala2nya..

Antara tips2 temuduga yang boleh dikongsi bersama:-
  • Ambil tahu serba sedikit objektif program
  • Ambil tahu serba sedikit latar belakang negara yang akan dilawati (pelbagai aspek : negaranya, budayanya, ekonominya, masyarakatnya)
  • Ambil tahu serba sedikit peranan belia jika mengikuti program2 seperti ini
  • Ambil tahu serba sedikit siapa pemimpin2 di negara sendiri (termasuk ketua2 di perkhidmatan awam)
  • Ambil tahu serba sedikit dasar perubahan negara
  • Bersedia perbaiki komunikasi dalam Bahasa Inggeris ( Ada slot dalam English)
  • Bersedia tonjolkan bakat yang ada (latih siap2 kat umah wpun serangkap sajak)
Kesimpulannya:

Sebagai manusia biasa, kita jangan terlalu cepat merendah diri apabila tidak dapat 100% menjawab dengan baik persoalan daripada panel. Saya percaya, panel yang bertugas menilai calon daripada pelbagai aspek. Semua orang ada kelebihan dan kelemahan masing2 kan..itu lah warna warni kehidupan manusia...JADIIII....Yang PENTING....Yakin pada diri sendiri...Jangan merapu2 bila bercakap...Dan belajar daripada kelemahan yang ada...Dan...Dan...Dan jika tidak berjaya ...Cuba lagi sekiranya mempunyai peluang....JANGAN PUTUS ASA... ^_^



BERUSAHA...BERDOA..DAN TAWAKAL

"Kekuatan Tidak Datang Dari Kemampuan Fizikal...TETAPI  Ianya Datang Dari Semangat Yang Tidak Pernah Mengalah"

#Belajar dan terus belajar 
#Jadi diri sendiri 
#AyahIbu Sayang Kamu
#CahayaNisbahKebijaksanaan

Wednesday 21 May 2014

Hidayah Perlu Dicari Bukan Dinanti

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Semesta Alam
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Yang Menguasai Hari Pembalasan
Hanya Kepada Mu Ya Allah, Kami Menyembah Mu Ya Allah
Hanya Kepada Mu Ya Allah, Kami Mohon Pertolongan
Tunjukilah Kami Jalan Yang Lurus
Iaitu Jalan Orang-Orang Yang Telah Dikurniakan Nikmat Kepada Mereka
Bukan Jalan Orang-Orang Yang Dimurkai
Dan Bukan Pula Jalan Orang-Orang Yang Sesat

                                              ------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum WBT, Salam 21 Rejab 1435H and Happy Wednesday semua..Lama betul cuti menaip ^_^ ..Diharapkan dalam masa kite berdiam diri, banyak manfaat yang kite perolehi sebagai bekalan hidup. 

Pastinya setiap insan mengimpikan kesempurnaan dalam hidup. Kite sentiasa berdoa untuk menjadi yang lebih baik dari semalam. Mendambarkan keberkatan Yang Maha Esa sentiasa seiring dengan perjalanan hidup. Memang tidak boleh dinafikan bahawa fitrah manusia suka akan kebaikan. Semoga coretan ini mendapat keberkatan Allah dalam mengejar keredhaan MU Ya Allah. Semoga titipan ini juga mendapat ilmu yang bermanfaat untuk para pembaca yang tidak gentar meraih cinta Ilahi..Inshaa Allah...

Siapa yang x mahu menjadi lebih baik? Tipulah kan kalau ade yang angkat tangan!!Memang betul..penghijrahan ke arah yang lebih baik banyak kesulitan yang perlu ditempuhi dalam perjalanan itu. Hijrah yang macamane nii??? Banyak...Antaranya sebagai muslimin:

  • Daripada tidak berhijab SUDAH berhijab
  • Daripada tidak mendirikan solat SUDAH sempurna 5 waktunya
  • Daripada tidak berpuasa SUDAH mengamalkannya 
  • Daripada berhijab pendek SUDAH mula berjinak dengan yang labuh menutup dada
  • Pendek kata daripada yang tidak baik kepada yang baiklah kan....Alhamdulillah

Berhijrah bukan semudah ABC..memerlukan kekuatan hati, mencari semangat hampir di setiap sudut kehidupan dan yang paling penting setiap penghijrahan kite itu adalah untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT..Amin..Jangan pesongkan niat hanya semata-mata mengikut trendy..NO..NO..NO..

Tatkala hati terkesan dengan perbuatan dosa yang dilakukan, itu adalah bukti tandanya iman masih ada. Penyesalan itu adalah salah satu daripada peringkat taubat..Ya Allah Ya Maha Pengasih, Engkau lebih mengetahui isi hati kami, kabulkan la doa kami..amin..


"Jangan sesekali kite menganggap jalan untuk merubah diri menjadi lebih baik ini adalah mudah. Jalan ini dipenuhi dengan sesuatu yang kite benci, banyak halangan dan rintangan, penuh duri-duri tajam yang bisa membuatkan kita sakit." 
~Imam Ibnul Jauzi~

Untuk apa berubah??
ISLAM ITU INDAH...ISLAM ITU JUGA MUDAH..Ganjaran Allah amat bersar kerana Allah sayang akan hambanya yang berusaha mencintai Islam..Ketahuilah janji Allah itu pasti..Syurga dan Neraka itu juga adalah benar..KUNFAYAKUN

Kita selamanya tidak akan pernah tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Tetapi kita boleh mengubahnya bermula daripada sekarang. Apa yang dilakukan pada hari ini adalah bekalan untuk hari esok.


"Jemputan ke arah kebaikan singgah secara tiba-tiba..Kutiplah titipan kasih daripada Allah apabila suara hati sedang berbisik..Sambutlah, raihlah...Moga diri kita sentiasa berada dalam KEBAIKAN"

Menyampaikan titipan itu memang mudah.Berbicara juga memang mudah.Tetapi untuk melaksanakannya tidak semudah titipan dan bicara. Niat..Doa..Bismilahi tawakkaltu 'alallah..

Selagi Allah kurniakan peluang kepada kite untuk terus bernafas di muka bumiNYA, jangan sesekali dipersiakan. Langkahlah dalam mencari redhaNYA. Langkahlah dalam mencari hidayahNYA.Jangan dinantikan ianya sampai JIKA kite sendiri tidak berusaha mencarinya..Lihat diri sendiri dan nilai dengan penilaian yang terbaik menuju jalanNYA.

Tabarakallah..Inshaa Allah..Wallahua'alam...

#Selfnote
#CahayaNisbahKebijaksanaan
#AyahIbuSayangKamu




glitter-graphics.com